1. Apa itu ONEXOX?
ONEXOX ialah jenama kepada salah satu produk perkhidmatan mudah alih prabayar yang disediakan oleh XOX Com Berhad dan diedarkan secara eksklusif oleh ONE XOX Sdn. Bhd.

2. Dimana saya boleh dapatkan Starter Pack ONEXOX?
Starter Pack ONEXOX boleh didapati daripada mana-mana pengedar ONEXOX yang dilantik. Atau membuat belian dengan kami di sini >> BELI ONE XOX

3. Mengapa perlu ada Akaun Dedikasi dan Akaun Utama?
Akaun tersebut diadakan bagi memberi ruang penjimatan kepada pelanggan ONEXOX. Dengan ini, pelanggan boleh merancang perbelanjaan tambah nilai bagi menikmati kadar rendah berterusan yang ditawarkan pada Akaun Dedikasi. 

4. Dimana saya boleh dapatkan tambah nilai ONEXOX?
Tambah nilai boleh dibeli daripada pengedar-pengedar ONEXOX, kedai-kedai 7Eleven, stesen-stesen minyak seperti Petronas, Shell, Mobil, BHP, Caltex dan Esso, perbankan internet seperti CIMB 'Click" dan RHB 'Now', dan mana-mana kedai terpilih yang menggunakan terminal ePay. Sila sebut tambah nilai 'XOX' ketika membeli selain daripada pengedar ONEXOX.Tambah nilai juga boleh dibeli secara online menerusi portal SELF CARE . BELI RELOAD ONE XOX SELF CARE

5. Apa yang boleh dilakukan menerusi portal 'Self Care'?
Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan menerusi portal Self Care:
a. Melihat profil langganan anda. Periksa: baki kredit DA/MA, tempoh sah langganan, baki SMS percuma.
b. Dapatkan bil terperinci.
c. Tambah nilai.
d. Pengurusan langganan internet: Melanggan pelan internet, naiktaraf langganan, periksa baki kuota & menambah kuota.
e. Pengurusan sub talian: Daftar sehingga 10 sub talian, membuat tambah nilai sub talian, membuat langganan internet sub talian dan periksa profil langganan sub talian: baki kredit, tempoh sah, kuota internet (jika melanggan) & bil terperinci.
f. Periksa & penebusan mata kesetiaan (loyalty point).
g. Pengurusan 10 nombor 'Famili & Rakan': mendaftar/menambah & memadam

6. Apakah denominasi tambah nilai yang ada?
RM5, RM10, RM30, RM50. Sila pastikan anda merancang pembelian denominasi bagi memenuhi keperluan telekomunikasi anda.

7. Adakah pelan data (internet mudah alih) ONEXOX menyokong semua jenis alat peranti dan telefon pintar?
Pelan data ONEXOX menyokong hampir semua jenis alat peranti dan telefon pintar. Sila pastikan anda membuat tetapan yang betul. Walaubagaimanapun, pelan data ONEXOX tidak dapat menyokong perkhidmatan 'Blackberry Internet Service (BIS)'. 

8. Bolehkah saya melanggan ONEXOX dengan mengekalkan nombor sedia ada?
Ya, boleh.  MNP . Rujuk BELI SIMKAD ONE XOX

9. Dimanakah letaknya kredit termuat RM5 pada SIM Pack dan berapa lamakah tempoh aktif jika saya tidak membuat sebarang tambah nilai?
Kredit termuat RM5 terletak di dalam Akaun Utama. SIM kad anda akan aktif selama 30 hari tanpa membuat sebarang tambah nilai dari tarikh pengaktifan dibuat.

10. Bagaimanakah saya menggunakan SMS percuma?
SMS percuma boleh digunakan kepada nombor-nombor di rangkaian sama sahaja (XOX & ONEXOX). 

11. Adakah saya layak mendapat kadar Famili & Rakan jika tiada kredit di dalam Akaun Dedikasi?
Ya, anda tetap menikmati kadar Famili & Rakan walaupun menggunakan baki kredit di dalam Akaun Utama.

Created with Artisteer

0 comments:

Catat Ulasan

Sebarang Pertanyaan / ingin membeli sim / ingin serta dalam membuat bisnes Onexox hubungi saya..

Blog ini dikelola oleh ejen sah berdaftarOneXOX,D011673. Terima kasih kerana berkunjung ke sini. kami mengalu-alukan kedatangan anda. terdapat sebarang pertanyaan / ingin mendaftar boleh hubungi saya Di talian0164854413 (Mohd Syafiq)-(Sms / Call / Whatsapps / Line / Telegram) .